Sunday, September 6, 2009

Nasib Melayu di bumi Melayu

Oleh Dr. Mohd Ridhuan Tee
Saya tidak menafikan bahawa kematian Teoh Beng Hock perlukan kepada pembelaan. Saya amat mengalu-alukan keputusan Kabinet untuk menubuhkan satu inkues dan Suruhanjaya Bebas Diraja untuk menyiasat dan menentukan punca kematian Beng Hock.
Siasatan yang telus dan rapi mesti dijalankan tanpa rasa takut agar dapat memuaskan hati semua pihak, apatah lagi pihak keluarga dan parti pembangkang yang begitu bersungguh-sungguh dalam isu ini
Namun, saya merayu, semua parti berkepentingan, supaya bersabar menunggu sehingga siasatan selesaikan dijalankan. Di kala itu, kita akan mengetahui apa yang benar, apa yang salah dan siapa yang benar dan siapa yang salah. Selepas itu juga, kita boleh bercakap dan berkokok berpuas-puasnya mengenai perkara ini.
Hukumlah mereka yang bersalah, tetapi jangan jadi Tuhan sebelum sesuatu perkara dibuktikan. Saya amat takut politik mahukan jadi Tuhan yakni dengan membuat andaian pelik-pelik, yang mana hanya Tuhan sahaja yang Maha Mengetahui sebelum sesuatu perkara dibuktikan.
Dalam menganalisis isu ini, saya teramat hairan kenapa tiga parti politik Cina, MCA, Gerakan dan DAP, serta parti pembangkang Melayu yang lain begitu bersungguh-sungguh membuat pelbagai andaian dengan menuding jari kepada pihak-pihak tertentu, tanpa menunggu keputusan siasatan.
Saya tidak menafikan ada yang tidak kena dengan cara Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengendalikan kes ini. Namun, tindakan menuding hari ini seolah-olah memperlihatkan mereka mahu memenangi hati orang Cina, demi kepentingan politik. Lebih-lebih lagi parti-parti komponen seperti Gerakan dan MCA yang telah mula hilang kepercayaan orang Cina.
Ketua Wanita MCA mengeluarkan kenyataan lebih ekstrem mendesak Menteri Dalam Negeri supaya anak yang dikandung oleh teman wanita Beng Hock diletakkan status anak sah taraf dan bukan anak luar nikah. Sedangkan kita semua tahu bahawa mereka belum berkahwin secara rasmi atau telah bersekedudukan tanpa nikah. Bermakna, anak itu tetap anak zina atau anak luar nikah (anak tidak sah taraf). Berapa ramai lagi anak luar nikah yang ingin kita sahkan hasil daripada hubungan luar nikah ini.
Sedarkah Ketua Wanita MCA betapa ramai gadis-gadis Melayu Islam yang menjadi mangsa (bersekedudukan dengan pasangan Islam atau bukan Islam, sama ada secara paksa atau sukarela) melahirkan anak luar nikah tanpa dibinkan kepada bapa mereka? Kenapa MCA tidak memperjuangkan nasib mereka? Kenapa MCA tidak pergi berjumpa Menteri Dalam Negeri untuk mengesahkan semua hubungan sumbang ini? Apa pun jua punca kematian Beng Hock, hubungan yang haram tetap haram, ia tidak boleh disahkan, hanya kerana insiden ini.
Jika ditakdirkan Gautama Buddha (juga Konfusius dan Lao Tzu) masih hidup, sudah tentu tindakan Ketua Wanita MCA ini akan dicela kerana ajaran Buddha (juga agama lain, terutama agama Islam) mengharamkan sama sekali perbuatan berkesedudukan (zina) tanpa nikah, apatah lagi sehingga melahirkan anak luar nikah.
Saya amat mengharapkan parti-parti politik Cina bertindak waras dan jangan terlalu ekstrem. Fikirkanlah hati orang lain jua bila mengeluarkan sesuatu kenyataan, terutama orang Melayu.
Orang Melayu tidak kurang yang menjadi mangsa seperti Beng Hock. Persoalannya, berapa ramai di kalangan kita yang bangun membela mangsa tersebut? Kenapa bila seorang Cina meninggal dunia (kita masih belum mendapat puncanya), Malaysia seolah-olah seperti macam nak kiamat atau dilanda tsunami.
Saya juga amat bersimpati dengan Beng Hock, tetapi beliau sudah ditakdirkan meninggal dunia dalam keadaan sedemikian. Mesti ada hikmah di sebaliknya. Tidak bolehkah kita tunggu hingga siasatan selesai.
Saya ingin bertanya kepada parti-parti politik Cina, akhbar-akhbar Cina dan parti-parti politik pembangkang Melayu, sejauhmanakah pembelaan dibuat sekiranya ia berlaku di kalangan orang Melayu? Misalnya, pembunuhan gadis model Mustakizah Jaafar pada 14 November 1998. Berapa ramai yang bersungguh-sungguh menunjukkan belang mereka. Apakah MCA, Gerakan dan DAP begitu bersungguh-sungguh menunjukkan pembelaan terhadap Mustakizah?
Berapa ramai yang tampil berdemonstrasi dan menyerahkan memo bantahan atau mendesak supaya suruhanjaya diraja ditubuhkan. Adakah MCA, Gerakan dan DAP begitu terkehadapan dalam isu ini? Begitu juga dengan Pas dan PKR (belum wujud lagi), adakah mereka begitu bersungguh-sungguh dalam mempertahankan nasib Mustakizah? Sehingga kini, kes kematian Mustakizah masih lagi menjadi misteri.
Saya masih ingat pada November 2005, kononnya tahanan warga China telah dipaksa berbogel dan ketuk ketampi oleh seorang anggota polis wanita semasa dalam tahanan. Aksi tersebut telah dirakam dan gambarnya menghiasi dada-dada akhbar tempatan terutamanya akhbar berbahasa Cina. Dengan rasa bersalah yang teramat sangat, walaupun belum dibuktikan, kerajaan ketika itu telah mengarahkan Menteri Dalam Negeri, untuk segera terbang ke China bagi menjelaskan sebarang kekeliruan yang mungkin timbul akibat daripada kejadian tersebut.
Semua ini hasil desakan dan tindakan ekstrem MCA, Gerakan dan DAP, termasuk akhbar-akhbar Cina, serta tidak ketinggalan parti-parti pembangkang. Setelah siasatan dijalankan, ternyata gadis yang dipaksa berbogel itu bukan warga China tetapi seorang gadis Melayu. Malang sungguh menjadi orang Melayu, selepas itu, kes ini tidak lagi dibincangkan, malah menjadi senyap dan tidak dibahaskan lagi di dada-dada akhbar, terutama akhbar Cina.
Apa yang saya maksud di sini ialah bila sesuatu kejadian yang menimpa orang Melayu, tidak ramai yang berasa sensitif tetapi bila orang lain terutamanya (Cina dan India), seolah-olah hari sudah hampir kiamat seperti tidak ada isu lain yang hendak dibincangkan lagi.
Kita jarang berpolitik untuk mempertahankan apa yang benar dan apakah yang salah? Tetapi kita lebih banyak berpolitik dengan politik yang merugikan iaitu menuding jari untuk melihat siapakah yang menang (benar), siapakah yang kalah (salah). Politik hanya untuk mencari keuntungan politik atau mendapat undi politik, sedangkan maruah agama dan bangsa tergadai. Berbaloikah dengan berpolitik sebegini? Sedangkan orang lain sentiasa mengambil kesempatan hasil dari kelemahan kita?
Kita juga jarang berpolitik melihat kepentingan semua kaum, tetapi berpolitik secara sempit mempertahankan kaum sendiri sehingga hilang rasional akal. Tujuannya tidak lain, untuk mempertahankan kuasa dan memancing undi. Masing-masing mahu menjadi jaguh kaum, dengan mengenepikan kepentingan umum. Berapa banyak surau dan masjid dirobohkan untuk tujuan pembangunan? Berapa ramai bukan Islam tampil mempertahankannya? Orang Islam masih boleh menerimanya. Itulah sikap toleransi yang amat saya kagumi.
Tetapi bila ada satu kuil atau tokong dirobohkan bagi tujuan pembangunan, satu Malaysia bagaikan nak ribut dan kelam-kabut seolah-olah telah berlaku penganiayaan terhadap orang bukan Islam.
Malaysia diperlihatkan tidak mengamalkan kebebasan beragama. Macam-macam tuduhan dibuat, tidak cukup dalam negeri, dibawa sama keluar negeri untuk menagih simpati dan memburuk-buruk tanahair sendiri. Berbaloikah?
Sedangkan kita semua sedia maklum bahawa rumah ibadat orang bukan Islam (Hindu, Buddha dan Kristian) melebihi berkali-kali ganda daripada jumlah masjid dan surau.
Jumlah kuil Hindu sahaja sudah melebihi masjid dan surau, apatah lagi jika dicampurkan dengan rumah ibadat agama Buddha dan Kristian dan lain-lain. Sedangkan semua sedia maklum bahawa orang Islam adalah penduduk majoriti dan agama Islam adalah agama rasmi negara ini.
Logik
Dari segi logik dan rasionalnya, sudah tentu kita mahu melihat bilangan surau dan masjid melebihi rumah ibarat yang lain, dengan mengambil kira sejarah dan keistimewaan Islam (Melayu) seperti yang termaktub dalam perlembagaan.
Tetapi adakah ia berlaku? Jawapannya, tidak. Realiti yang jelas adalah, kita mempunyai patung yang tertinggi dan terbesar di dunia, walaupun penduduknya hanya berjumlah lebih kurang 10 peratus. Beginilah nasib Melayu di bumi Melayu. Terlalu menjaga hati orang, sehingga hati sendiri terguris tiada siapa yang tahu atau mungkin orang lain tak ingin ambil tahu, sebab tidak berkaitan atau tidak menguntungkan.
Saya juga teramat ingin mendengar kenyataan daripada orang bukan Melayu (parti politik Cina dan India) tentang pembelaan nasib umat Islam Cina Uighur yang dibunuh secara terancang oleh kerajaan China. Kenapa mereka tidak bersuara menentang tindakan ganas ini?
Hanya kerana orang Cina itu beragama Islam, maka ia menjadi senyap. Bayangkanlah kalau yang terlibat itu adalah Cina yang tidak Islam, sudah tentu mereka akan melompat-lompat.
Begitu juga isu apabila adalah orang Cina/India yang bertindak keluar daripada Islam yakni Murtad atau orang Melayu murtad, berapa ramai bukan Melayu yang tampil ke hadapan memberitahu mereka supaya janganlah murtad.
Berapa ramai kalangan mereka yang memujuk mereka yang mahu murtad agar jangan murtad, hormatilah agama Islam seperti yang termaktub dalam perlembagaan dan jagalah hati orang Melayu Islam. Apa yang selalu kita dengar ialah mereka akan mengapi-apikan lagi mereka yang ingin murtad untuk terus murtad dan mempertahankannya bermati-matian setelah mereka murtad.
Mereka mengatakan ini adalah hak asasi manusia. Tetapi bila mana tiba isu berkaitan Islam, maka semua hak asasi itu hilang entah ke mana. Yang dicari hanya ketidakadilan Islam, ketidakadilan mahkamah syariah dan bermacam-macam lagi.
Ini tidak termasuk lagi isu perebutan mayat saudara baru yang meninggal. Apa yang saya tahu, kita selalu mengalah berhadapan dengan golongan ekstrem ini. Paling menyedihkan, mereka langsung tidak bersyukur apabila kita beralah.
Tetapi apabila mereka tidak mendapat apa yang mereka hajatkan, setelah undang-undang menyebelahi kita, maka kita (agama Islam dan mahkamah syariah) akan dikecam habis-habisan.
Justeru, sudah sampainya kita berpolitik secara matang dengan meletakkan kepentingan semua kaum di hadapan bertunjangkan kepada perlembagaan, berbanding politik etnik (kaum) yang sempit.
Dalam isu Beng Hock ini, bersabar dan tunggulah sehingga siasatan selesai. Jangan membuat andaian dan mengapi-apikan isu ini, kerana ia tidak menguntungkan sesiapa. Yang pergi tetap telah pergi, hidup ini perlu diteruskan. Jadikanlah ia sebagai suatu ikhtibar untuk kita menerokai atau berpolitik dengan lebih baik seperti mana Allah SWT berfirman dalam al-Quran, jadikanlah sesuatu kejadian yang berlaku sebagai pengajaran, wahai orang-orang yang mempunyai pandangan.
Penulis ialah Pensyarah Kanan,
Universiti Pertahanan Nasional Malaysia.

Monday, August 24, 2009

YB Pakatan Rakyat terutama PKR adalah calon Tangkap Muat ketika PRU12- Kenyataan DSAI.

Salam... DSAI hari ni memberi kenyataan bahawa Calon dlm PR ketika PRU12 adalah calon tangkap muat & beliau tak sempat nak kaji kesetiaannya. Pada hemat saya YB2 yg dlm PR adalah Calon yg dipilih dengan hanya mengukur akan kesetiaan mereka terhadap pemimpin saja dan bukan dipilih berdasarkan atas kredibiliti calon tersebut dlm memberi satu perkhidmatan yg terbaik kepada rakyat yg memilih...Cuba kita renung kembali dengan janji2 yg ditaburkan oleh PR dlm kempen mereka, adakah ini berbaloi setelah kita memilih mereka dan sekarang hanya menggunakan alasan sebegini sahaja untuk tidak memenuhi segala janji PR ketika waktu berkempen pada PRU12? Wahai rakyat sedarlah bahawa selama ini janji yg telah diberi hanya adalah satu omongan kosong yg ditaburkan mereka tanpa segan silu kepada rakyat setempat dan juga Allah SWT adakah patut kita mengulangi kesilapan yg telah kita buat pada pilihanraya lalu? kerana kita tahu bahawa PR hanya untuk kepentingan & tujuan peribadi tanpa mempedulikan nasib Rakyat yg mengundi.

Monday, August 3, 2009

TS Khalid Ibrahim – GAGAL

Semakin tersebar luas bahawa Menteri Besar Selangor hari ini berhadap dengan krisis yang mana golongan reformasi mula menghentam beliau kerana gagal memenuhi aspirasi yang di perjuangkan selama ini.
Dalam blog www.nnora75reform.blogspot.com,seorang wanita yang hampir 15 kali di tahan mendedahkan kepincangan mekanisme kerajaan Negeri Selangor dalam tindakan tanpa usul periksa berhubung dengan kelulusan “UPTOWN” Seri Gombak kepada reformis yang sebelum ini pernah mengancam bogel dalam merealisasikan kehendak mereka. Reformis yang dikenali dengan skuad bogel itu diberikan projek kononnya bagi menghargai perjuangan mereka selama ini. Ini baru satu isu yang dikemukakan. Banyak lagi yang akan menyusul - kata Nora kepada www.umno-reform2.com
Dua sudut analisa yang timbul akibat dari pemberian projek kepada skuad bogel seperti yang dimaklumkan oleh laman tersebut. Satu dilihat dari persepsi reformis yang membantah pemberian projek hasil dari ugutan dan satu lain yang ingin diketengahkan oleh www.umno-reform2.com adalah pemberian kepada kronis dan tindakan nepotisme yang berlaku sungguhpun telah menjadi topik tentangan utama mereka sewaktu hangat membicarakan reformasi.
Email yang turut kami terima juga memuatkan beberapa isu lain yang menyebabkan TS Khalid dikatakan gagal dalam mentadbir baik negeri mahupun politik negeri Selangor. TS Khalid telah dihadapkan dengan beberapa tuduhan yang dikatakan mempunyai justifikasi dalam membentuk kegagalan pentadbirannya. Selangor hari ini berdepan dengan krisis dalaman yang agak besar dan mampu mengganggu gugat pentadbiran negeri itu. Kerajaan Negeri Selangor yang dikatakan gagal memelihara nasib orang Melayu juga dikatakan punca Parti Keadilan Rakyat ditentang dan ini mungkin menjadi sebab musabab PKR akan tumbang semula pada PRU 13 nanti.
www.umno-reform2.com akan mengusal kepincangan dan tentangan dalaman yang semakin membengkak dalam PKR Selangor. Ini akan disusuli dengan gerakan yang semakin panas timbul akibat tentangan pihak reformis yang bangkit untuk memastikan TS Khalid yang dikatakan tidak mampu membawa aspirasi perjuangan golongan reformis sebelum ini. Anwar Ibrahim juga dikatakan gagal dalam melihat masalah yang timbul dan ini turut mengganggu persepsi penyokong beliau yang selama ini kagum dengan beliau.

Saturday, August 1, 2009

Kesan Perhimpunan GMI dan Kebodohan kepada Bangsa Melayu Yang Menyertainya..

Banyak keburukan dari kebaikan yang dapat dilihat terutamanya kesan ekonomi dan juga nasib peniaga di kawasan yg terlibat. Dari segi pelancongan ia juga dapat memberi 1 gambaran negatif kepada pelancong2 asing yg datang, sedangkan pada pengamatan mereka Malaysia adalah 1 negara yang aman. Ini berpunca dari sesetengah pemimpin pembangkang yang mempunyai agenda dlm memporak perandakan negara. Rakyat sepatutnya sedar dengan apa yang telah berlaku dan juga perbuatan dari pihak PR yang sememangnya merugikan rakyat dari segala sudut tanpa memikirkan masalah orang lain.. Kebanyakan yang terlibat dlm perhimpunan kelmarin adalah dari orang Melayu yg sentiasa diperbodohkan oleh pemimpin PR. Tapi mana pengikut bangsa lain selain dari Melayu yang sepatutnya bersama-sama dlm menegakan keadilan seperti mana yang dilaungkan oleh Pemimpin2 mereka? Jika benar bersatulah...tetapi perkataan"Pakatan Rakyat" yang dilaungkan adalah untuk mereka...Yang susah adalah untuk melayu...keuntungan dan kesenangan adalah untuk MEREKA!!!!! Marilah Bangsa Melayu sama-sama kita renungkanlah...

Tuesday, July 28, 2009

Menjaga Kerukunan Hidup Bermasyarakat

Dari Abi Hurairah r.a katanya : “Telah bersabda Rasulullah SAW : “ Janganlah kamu saling dengki mendengki, janganlah kamu saling tipu menipu, janganlah kamu saling belakang membelakangi dan janganlah kamu menjual di atas jualan setengah daripada kamu dan jadilah kamu hamba Allah yang bersaudara. Orang Islam adalah saudara kepada orang Islam yang lain, tidak boleh ia menganiayai dan tidak boleh membiarkannya (dalam kehinaan) serta tidak boleh mendustai dan tidak boleh menghinanya. Taqwa itu di sini (Nabi berkata sambil menunjukkan ke arah dadanya tiga kali) Sudah cukup banyak kejahatan seseorang itu bahawa ia merendahkan saudara seIslamnya. Sekalian orang Islam atas orang Islam yang lain adalah haram darahnya, hartanya dan kehormatannya.-Riwayat Muslim

Huraian:
Mengharungi kehidupan pada zaman serba moden ini memperlihatkan kepada kita akan struktur hidup bermasyarakat Islam hari ini menjadi semakin terlalu individualistik. Sesungguhnya sebagai agama “keamanan’, Islam sangat menuntut umatnya supaya menghormati sesama manusia. Antara perkara yang harus diberikan perhatian ialah seperti menjaga keselamatan nyawa daripada berlaku pembunuhan sesama sendiri, menjaga maruah di dalam masyarakat daripada segala fitnah, tuduh-menuduh dan hasad dengki, menjaga keselamatan harta benda dan sebagainya daripada kecurian, rompakan pencerobohan dan lain-lain.Sebagai seorang Muslim kita mestilah menghormati maruah individu Muslim yang lain kerana setiap individu mempunyai hak dan tanggungjawab, seperti hak untuk dihormati oleh orang lain dan tanggungjawab untuk menghormati orang lain. Antara sebab mengapa puak Yahudi suka melakukan kezaliman terhadap umat Islam adalah dek kerana sikap tidak ambil peduli yang berlaku antara sesama umat Islam hari ini. Justeru musuh Islam berani bertindak sesuka hati menindas rakyat Palestin serta merampas tanah mereka sedangkan Israel pada hakikatnya dikelilingi negara Arab yang jumlah rakyatnya jauh lebih ramai daripada mereka. Namun malangnya mereka hanya mampu melihat kezaliman rejim Zionis ini tanpa mampu untuk berbuat apa-apa. Sebetulnya umat Islam harus hidup sepertimana yang disebut dalam pepatah Melayu “cubit paha kiri, paha kanan terasa sakitnya”. Dengan perkataan lain, jika kita inginkan segala kebaikan untuk diri kita, maka kita juga ingin umat Islam lain juga menikmati kebaikan itu.

Wednesday, July 1, 2009

DAP Keluar PR Kedah Satu Strategi Politik Untuk Manik Urai

"Tindakan Parti Tindakan Demokratik (DAP) Kedah keluar kerajaan Pakatan Rakyat Kedah merupakan satu sandiwara politik menjelang Pilihan Raya Kecil DUN Manik Urai, Kelantan minggu depan.
Sandiwara ini dirancang Datuk Seri Anwar Ibrahim bagi menunjukkan kepada pengundi Melayu di Manik Urai bahawa Pas tetap mempertahankan prinsip dan perjuangan Islamnya biar pun DAP tidak suka."

Adakah hanya kerana ingin memenangi pilihanraya PAS sanggup bermuka-muka? Adakah asas perjuangan PAS dlm era politik zaman ini manghalalkan CARA....Dimana maruah yang dikatakan PARTI ISLAM SEMALAYSIA sehingga sanggup menggunakan isu babi demi memenangi pilihanraya...

Monday, June 8, 2009

Pemuda hantar kumpulan pemidato terbaik

BENTONG 5 Jun - Pergerakan Pemuda UMNO akan menghantar kumpulan pemidato terbaiknya untuk berdepan dengan penceramah pembangkang terutama Pas dalam kempen Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Manek Urai pada 14 Julai ini.Ketuanya, Khairy Jamaluddin berkata, kempen pilihan raya kecil itu merupakan 'pentas' pertama bagi kumpulan pemidato yang baru diwujudkan oleh pergerakan tersebut.''Pemuda UMNO mewujudkan Unit Pidato dan Penghujahan Umum untuk melahirkan kumpulan yang mampu mengambil bahagian dalam pidato, debat, ceramah dan panel dalam forum tertentu bagi menjelaskan isu-isu semasa dan dasar kerajaan," katanya.Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan kursus asas Jentera Unit Pidato Pemuda UMNO di Institut Latihan Memperkasakan UMNO (ILMU) di Janda Baik dekat sini hari ini.Kira-kira 120 pemimpin pergerakan itu menyertai kursus tiga hari bermula hari ini hingga Ahad ini.Khairy memberitahu, penubuhan unit pidato tersebut bertujuan menyaingi kumpulan penceramah pembangkang yang selama ini bijak mengeksploitasi isu-isu tertentu sehingga mengelirukan rakyat.Beliau mengakui ada di kalangan pemimpin UMNO gagal berdebat dengan pembangkang dalam menjawab isu-isu tertentu.''Dalam keadaan tertentu, kita tidak mampu mengatasi strategi pembangkang yang bijak mengeksploitasi isu," jelasnya.Selain di Manek Urai, kata beliau, unit tersebut akan bergerak ke seluruh negara untuk memberikan penerangan kepada rakyat dari semasa ke semasa.Selain kursus asas tersebut, tambah beliau, Pemuda UMNO juga akan mengadakan kursus pengucapan profesional membabitkan 60 anggota pergerakan berkenaan.Mengenai Pilihan Raya Kecil DUN Manek Urai, Khairy berkata, pergerakan itu sedang mengatur strategi untuk menarik golongan muda di kawasan berkenaan.Mengulas kenyataan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berhubung konsep 1 Malaysia yang dianggap gagal menyatupadukan rakyat, beliau menegaskan, tanggapan tersebut disebabkan oleh pemimpin pembangkang berasa terancam dengan gagasan yang dibawa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak itu.Tegas beliau, Abdul Hadi sepatutnya mewujudkan konsep '1 pembangkang' terlebih dahulu sebelum mempertikaikan gagasan yang dibawa oleh pemimpin negara itu.''Kita lihat sendiri pembangkang tiada perpaduan, parti-parti pembangkang sendiri bertelagah antara satu sama lain. Dalam Pas pun sudah terbelah dua, ada kelompok ulama dan kumpulan profesional," katanya.(Source: Utusan Malaysia)

Friday, June 5, 2009

ARAH PENGUNDI MUDA DALAM ARUS POLITIK NEGARA

SEORANG kenalan yang cukup dikenali sebagai seorang penganalisis politik yang kritis memberitahu kemenangan sesebuah parti sama ada parti kerajaan atau pembangkang pada Pilihan Raya Umum Ke-12 kali ini amat bergantung kepada calon.Walaupun umum mengetahui faktor kekuatan parti penting, pemilihan calon kurang tepat katanya boleh menyebabkan kekalahan.

Mesej beliau jelas iaitu pengundi sekarang lebih bermaklumat, lebih kritikal, tidak mudah dimomokkan dengan kempen-kempen yang bersifat retorik terutama di kalangan pengundi-pengundi muda.Katanya, semua pihak harus sedar bahawa dengan kemajuan teknologi komunikasi maklumat (ICT), pengundi-pengundi muda kini tidak hanya bergantung kepada maklumat media arus perdana tetapi mereka berupaya mengakses pelbagai bentuk informasi di dalam alam siber khususnya tulisan-tulisan di dalam laman blog.


Inilah senario yang berlaku sekarang. Pengundi muda mempunyai sumber lain untuk mendapatkan maklumat tambahan khususnya dari alam siber (laman-laman blog) . Benar atau tidak itu soal lain kerana mereka tetap akan membaca laman-laman berkenaan. Ekoran daripada keadaan tersebut, ia menjadi cabaran kepada parti-parti politik untuk mendapatkan sokongan mereka pada pilihan raya umum kali ini.


Berdasarkan kepada statistik terkini dianggarkan dua hingga tiga juta daripada jumlah keseluruhan pengundi berdaftar adalah di kalangan pengundi muda dan perlu diakui mereka mempunyai kuasa untuk memilih.Meskipun mereka tidak boleh menentukan kemenangan parti secara mutlak namun setiap undi adalah amat penting.‘‘Pergerakan Pemuda mengakui bahawa setiap undi orang muda amat penting dalam usaha kita memastikan kemenangan Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya umum kali ini. Mahu tidak mahu kita perlu mendampingi mereka walau apa cara sekalipun.

‘‘Berhadapan dengan golongan ini bukannya mudah kerana mereka merupakan golongan bermaklumat malah ada di antara mereka agak kritikal ketika memberi pendapat,” kata bekas Exco Pergerakan Pemuda UMNO, Datuk Idris Harun.

Setiap perkara yang hendak disampaikan perlu disertakan dengan fakta dan bukannya hanya sekadar ‘omongan kosong’.Oleh itu kumpulan yang ditugaskan untuk mendekat golongan berkenaan akan dipastikan mempunyai tahap pengetahuan yang tinggi dalam apa jua isu serta mempunyai personaliti yang meyakinkan. Kita tidak boleh terlalu mudah membuat persepsi dengan hanya berdasarkan tindakan segelintir pemuda yang secara terbuka menyokong perjuangan pembangkang kerana sebahagian besar mereka bersama UMNO walaupun mereka bukan ahli parti.

UMNO perlu mengambil segala tindakan drastik dan jgn terlalu leka membiarkan pihak pembangkang menggunakan alam siber untuk mempengaruhi rakyat dan bagi menangkis dakyah mereka ini Pemuda UMNO perlu menggunakan kaedah (alam siber) yang sama untuk memberi penjelasan kepada rakyat.
Dalam perkembangan sama seorang aktivis pembangkang turut mengakui pentingnya usaha meraih sokongan orang muda kerana jumlah mereka yang berdaftar sebagai pengundi ketika ini agak meningkat.‘‘Kesedaran mereka terhadap kepentingan menjadi pengundi berlaku sejak pilihan raya umum 1999. Mulai tahun itu kita lihat ada peningkatan jumlah pengundi muda secara mendadak. Mereka mula sedar pentingnya menjalankan tanggungjawab sebagai pengundi.