Monday, June 8, 2009

Pemuda hantar kumpulan pemidato terbaik

BENTONG 5 Jun - Pergerakan Pemuda UMNO akan menghantar kumpulan pemidato terbaiknya untuk berdepan dengan penceramah pembangkang terutama Pas dalam kempen Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Manek Urai pada 14 Julai ini.Ketuanya, Khairy Jamaluddin berkata, kempen pilihan raya kecil itu merupakan 'pentas' pertama bagi kumpulan pemidato yang baru diwujudkan oleh pergerakan tersebut.''Pemuda UMNO mewujudkan Unit Pidato dan Penghujahan Umum untuk melahirkan kumpulan yang mampu mengambil bahagian dalam pidato, debat, ceramah dan panel dalam forum tertentu bagi menjelaskan isu-isu semasa dan dasar kerajaan," katanya.Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan kursus asas Jentera Unit Pidato Pemuda UMNO di Institut Latihan Memperkasakan UMNO (ILMU) di Janda Baik dekat sini hari ini.Kira-kira 120 pemimpin pergerakan itu menyertai kursus tiga hari bermula hari ini hingga Ahad ini.Khairy memberitahu, penubuhan unit pidato tersebut bertujuan menyaingi kumpulan penceramah pembangkang yang selama ini bijak mengeksploitasi isu-isu tertentu sehingga mengelirukan rakyat.Beliau mengakui ada di kalangan pemimpin UMNO gagal berdebat dengan pembangkang dalam menjawab isu-isu tertentu.''Dalam keadaan tertentu, kita tidak mampu mengatasi strategi pembangkang yang bijak mengeksploitasi isu," jelasnya.Selain di Manek Urai, kata beliau, unit tersebut akan bergerak ke seluruh negara untuk memberikan penerangan kepada rakyat dari semasa ke semasa.Selain kursus asas tersebut, tambah beliau, Pemuda UMNO juga akan mengadakan kursus pengucapan profesional membabitkan 60 anggota pergerakan berkenaan.Mengenai Pilihan Raya Kecil DUN Manek Urai, Khairy berkata, pergerakan itu sedang mengatur strategi untuk menarik golongan muda di kawasan berkenaan.Mengulas kenyataan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berhubung konsep 1 Malaysia yang dianggap gagal menyatupadukan rakyat, beliau menegaskan, tanggapan tersebut disebabkan oleh pemimpin pembangkang berasa terancam dengan gagasan yang dibawa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak itu.Tegas beliau, Abdul Hadi sepatutnya mewujudkan konsep '1 pembangkang' terlebih dahulu sebelum mempertikaikan gagasan yang dibawa oleh pemimpin negara itu.''Kita lihat sendiri pembangkang tiada perpaduan, parti-parti pembangkang sendiri bertelagah antara satu sama lain. Dalam Pas pun sudah terbelah dua, ada kelompok ulama dan kumpulan profesional," katanya.(Source: Utusan Malaysia)

Friday, June 5, 2009

ARAH PENGUNDI MUDA DALAM ARUS POLITIK NEGARA

SEORANG kenalan yang cukup dikenali sebagai seorang penganalisis politik yang kritis memberitahu kemenangan sesebuah parti sama ada parti kerajaan atau pembangkang pada Pilihan Raya Umum Ke-12 kali ini amat bergantung kepada calon.Walaupun umum mengetahui faktor kekuatan parti penting, pemilihan calon kurang tepat katanya boleh menyebabkan kekalahan.

Mesej beliau jelas iaitu pengundi sekarang lebih bermaklumat, lebih kritikal, tidak mudah dimomokkan dengan kempen-kempen yang bersifat retorik terutama di kalangan pengundi-pengundi muda.Katanya, semua pihak harus sedar bahawa dengan kemajuan teknologi komunikasi maklumat (ICT), pengundi-pengundi muda kini tidak hanya bergantung kepada maklumat media arus perdana tetapi mereka berupaya mengakses pelbagai bentuk informasi di dalam alam siber khususnya tulisan-tulisan di dalam laman blog.


Inilah senario yang berlaku sekarang. Pengundi muda mempunyai sumber lain untuk mendapatkan maklumat tambahan khususnya dari alam siber (laman-laman blog) . Benar atau tidak itu soal lain kerana mereka tetap akan membaca laman-laman berkenaan. Ekoran daripada keadaan tersebut, ia menjadi cabaran kepada parti-parti politik untuk mendapatkan sokongan mereka pada pilihan raya umum kali ini.


Berdasarkan kepada statistik terkini dianggarkan dua hingga tiga juta daripada jumlah keseluruhan pengundi berdaftar adalah di kalangan pengundi muda dan perlu diakui mereka mempunyai kuasa untuk memilih.Meskipun mereka tidak boleh menentukan kemenangan parti secara mutlak namun setiap undi adalah amat penting.‘‘Pergerakan Pemuda mengakui bahawa setiap undi orang muda amat penting dalam usaha kita memastikan kemenangan Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya umum kali ini. Mahu tidak mahu kita perlu mendampingi mereka walau apa cara sekalipun.

‘‘Berhadapan dengan golongan ini bukannya mudah kerana mereka merupakan golongan bermaklumat malah ada di antara mereka agak kritikal ketika memberi pendapat,” kata bekas Exco Pergerakan Pemuda UMNO, Datuk Idris Harun.

Setiap perkara yang hendak disampaikan perlu disertakan dengan fakta dan bukannya hanya sekadar ‘omongan kosong’.Oleh itu kumpulan yang ditugaskan untuk mendekat golongan berkenaan akan dipastikan mempunyai tahap pengetahuan yang tinggi dalam apa jua isu serta mempunyai personaliti yang meyakinkan. Kita tidak boleh terlalu mudah membuat persepsi dengan hanya berdasarkan tindakan segelintir pemuda yang secara terbuka menyokong perjuangan pembangkang kerana sebahagian besar mereka bersama UMNO walaupun mereka bukan ahli parti.

UMNO perlu mengambil segala tindakan drastik dan jgn terlalu leka membiarkan pihak pembangkang menggunakan alam siber untuk mempengaruhi rakyat dan bagi menangkis dakyah mereka ini Pemuda UMNO perlu menggunakan kaedah (alam siber) yang sama untuk memberi penjelasan kepada rakyat.
Dalam perkembangan sama seorang aktivis pembangkang turut mengakui pentingnya usaha meraih sokongan orang muda kerana jumlah mereka yang berdaftar sebagai pengundi ketika ini agak meningkat.‘‘Kesedaran mereka terhadap kepentingan menjadi pengundi berlaku sejak pilihan raya umum 1999. Mulai tahun itu kita lihat ada peningkatan jumlah pengundi muda secara mendadak. Mereka mula sedar pentingnya menjalankan tanggungjawab sebagai pengundi.